Thursday, February 20, 2014

spaghetti seafood aglio olio ala melayu

Ha. Pagi td rajin I masak spaghetti nak bwk bekal pergi office. Actually dah lama mengidam nk mkn spaghetti aglio. So why not I masak dr mkn kt luar dah kena rm15 utk sepinggan. So better I beli brg bru rm10 tp boleh msk 2 3 kali. Sbb portion utk sorg je mkn.. saving kan.

Nama resepi spaghetti seafood aglio olio ala melayu. Knp ala melayu? Sbb aku tukar ikut suka. Haha. So bahan2 yg di perlukan. :

1. Bawang putih
    8-10 ulas di potong dadu halus.
    (Aglio olia mmg guna byk bwg putih ye)

2. Bawang merah seulas
    Di potong2 dadu halus.

3. Minyak olive oil utk menumis
    Minyak biasa pun bole hentam je..

4. Udang/sotong/kupang/ayam
    Ikut lah korg punya portion ye.

5. 2 sudu besar butter.

6. daun parsley (dipotong halus) serta brokoli.
    (nak letak boleh x letak pun bole. ikut tekak masing)

7. cili api 6 - 7 biji (kalau nak pedas letak lebih) / cili kering di gunting halus 2-3 biji.
    actually guna chili flakes lg afdal tp aku xda. so ikut aku guna cili api tekak melayu kan

8. sepeket spaghetti. aku guna brand san remo. apa2 brand bole asalkan spaghetti
    aku guna sikit je portion utk 2 org makan. jgn guna satu paket pulak.

9. black papper serta garam secukup rasa.
   ( black pepper utk siapa suka pedas menyegat sikit tp dah ada cili so xda pun xpe)

10. cendawan button. ala cendawan bulat yg jual dlm tin tu. nk guna boleh xda pun bole. ikut korg.



bahan2 yang telah di potong2. so tumis segala bahan2 ini.




cara2 memasak :

1. rebus spaghetti smpai masak jgn smpai lembik. pndai2 korg agak. n tapiskan spaghetti tersebut tp air             rebusan spaghetti tersebut jgn dibuang ye..

2. rebus udang/kupang/sotong n brokoli sehingga empuk dgn air rebusan spaghetti tadi. aku rebus semua  bahan ni sbb nak senang empuk n senang lps tu campak je dlm kuali. tp kalau nk tumis sekali bersama    bawang  pun bole. tp jgn buang air rebusan tersebut.

3. tuang sedikit minyak olive oil ke dlm kuali, dan tumis bawang putih dan merah.

4. masuk kan cili kering n cili api tumis sekali jgn smpai hanggus.

5. kemudian masuk kan 2 sudu besar butter sampai butter cair.

6. masuk kan spaghetti n gaul2 kan sampai bahan rata.

7. masukan rebusan udang/sotong or kupang serta brokoli dan gaul2 sehingga rata.

8. masukan black pepper serta garam secukup rasa.

9. masuk kan daun parsley yg telah dicincang halus.

10. sekiranya spaghetti kelihatan kering maka letak kn sikit demi sedikit air rebusan tadi tu.. kemudian gaul         sehingga rata n tadaaaa...



tips: semasa nk hidang tu boleh taburkan cheese sikit. tapi aku xda so hentam jelah. lg pun dah msuk butter so rse lemak dahh


gambar setelah siap. bawak bekal pergi office. saving sikit..
aku tahu x kelihatan menarik tp rse sodap ok. tetapi if nk makan kt rumah,
semasa nk hidang tu putarkan spaghetti guna garfu bru kelihatan fabulous.


gambar spaghetti aglio olia yang sebenarnya, image kredit pd google,






senang je.. 10 step je.. so korg cuba lah. hari2 makan masak lomak je, cakap dgn mak kita makan barat makan spaghetti 20minit siap.. haa senang. selamat mencuba.

bye, xoxo.